Sedang Melur berkemas-kemas……
|
Mak Cik Timah :
|
:
|
Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur?
Kau nak ke mana tu? Kan dah lewat petang ni.
|
|
Melur
|
:
|
(Terdiam
seketika dan memandang Mak Cik Timah ). Errrr….. (Teragak-agak)
|
|
Mak Cik Timah
|
:
|
(Berkerut
kebingungan)
|
|
Suria
|
:
|
(Bercekak
pinggang) Hei Melur, cepat cikit!! Apa yang kau terhegeh- hegeh lagi tu?
Lembap macam siput la kau ni.
|
|
Melur
|
:
|
(Sambil memegang bakul dan berlari ke arah
Suria) Ye Cik, saya datang ni.
|
|
Suria
|
:
|
(Mengerling
ke arah Melur dan terus berjalan). Melur dan Suria berjalan-jalan
masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja.
|
|
Melur
|
:
|
Wah, cantiknya bunga kat sini kan Cik!
(sambil tersenyum)
|
|
Suria
|
:
|
(Memetik
sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka Melur) Ini kau kata
cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur). Bunga ni hanya layak
untuk orang macam kau je, bukan aku. (Memijak bunga yang dilemparnya tadi).
Kita ni, bagaikan langit dengan bumi. Suria terus memetik bunga sambil
merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak bunga-bunga yang terdapat
di sepanjang jalan.
|
|
Melur
|
:
|
(Sambil
memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga-bunga itu.
|
|
Suria
|
:
|
(Mendengus
kasar) Diamlah kau, menyibuk je. Daripada kau bercakap, baik kau pegang
bakul tu elok-elok. Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba
terdengar bunyi sesuatu yang mengerang kesakitan di sebalik semak.
|
|
Melur
|
:
|
Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak?
|
|
Arnab
|
:
|
Erghh….. sakit……. Sakit…..Tolong aku…
|
|
Melur
|
:
|
(Mencari-cari lalu terpandang arnab dan
terus menuju ke arah arnab tersebut).
|
|
Suria
|
:
|
Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik
bercekak pinggang).
|
|
Melur
|
:
|
(Memberhentikan
langkah dan terus berpaling ke arah Suria). Arnab tu sakit Cik. Marilah
kita tolong dia.
|
|
Suria
|
:
|
(Dengan
pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu). Kau nak tolong ke?
Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung).
|
|
Melur
|
:
|
(Dengan nada sedih). Kasihan di Cik,
dia pun makhluk Allah jugak macam kita.
|
|
Suria
|
:
|
Kalau kau nak, kau jela yang tolong. (Mendengus
kasar)
|
|
Melur
|
:
|
(Merawat arnab tersebut dan membawanya
bersama.) Setelah jauh berjalan……
|
|
Suria
|
:
|
Eh, kita kat mana ni Melur? (dalam keadaan
cemas).
|
|
Melur
|
:
|
Ssss…sa..ya rasa kita sudah tersesat ni.
|
|
Suria
|
:
|
Apa? Kita tersesat? Ni semua salah kau. Kalau
kau tidak tolong arnab bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni.
|
|
Melur
|
:
|
(Sambil
menangis). Maafkan saya cik.
|
|
Suria
|
:
|
(Berjalan
ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai) Melur, aku nak
tidur sebentar. Kau jangan kemana-mana.
|
|
Melur
|
:
|
(Memerhatikan
keadaan sekeliling sambil memegang arnab) Baik Cik. (meletakkan
barang-barang)
|
|
Suria
|
:
|
(Bersandar di pokok dan terus melelapkan
mata).
|
|
Suria
|
:
|
(Terjaga
dan mencari arah bunyi tersebut). Siapa yang buat bising ni?
|
|
Melur
|
:
|
(Terkejut
dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi sekumpulan katak yang
bernyanyi riang.
|
|
Suria
|
:
|
(Mencari-cari
batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak tersebut). Pergi main
jauh-jauh !!!
|
|
Katak 1
|
:
|
Perempuan jahat!!!
|
|
Katak2
|
:
|
Kau akan terima balasannya. (Sambil
berlalu pergi). Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula
masih leka bermain-main dengan arnab.
|
|
Suria
|
:
|
Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada
sesuatu yang merentap kakinya)
|
|
Nenek tua
|
:
|
(Semakin menghampiri Suria).
Inilah balasan di atas perbuatan jahat kau, Suria.
|
|
Bunga 1
|
:
|
Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu?
|
|
Suria
|
:
|
(Matanya terbeliak dan kehairanan melihat
persekitarannya lebih besar berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana
Melur?
|
|
Bunga 2
|
:
|
Kau lupa ke? Aku yang kau rentap dan dibuang
sesuka hati kau.
|
|
Arnab
|
:
|
Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk
dan buruk.
|
|
Bunga 1
|
:
|
Aku yang kau pijak-pijak. Mereka mengutuk
Suria beramai-ramai sambil mengeruminya. Engkau yang sombong,Engkau yang
bongkak, (Ulang 2x)Engkau pemarah
|
|
Suria
|
:
|
(Menggigil ketakutan lalu pengsan) Tiba-tiba
muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
mengerumi Suria berlalu pergi.
|
|
Nenek tua
|
:
|
Sikap kau yang sombong dan tidak
berperikemanusiaan. Kau seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak
mempedulikan perasaan orang lain terutamanya perasaan Melur yang selalu
menjaga kau.
Tak mungkin kau akan berubah. Hati kau
keras seperti batu. Tak mungkin, tak mungkin. (Menggelengkan kepala).
(Berlalu pergi dengan perlahan-lahan
meninggalkan Suria)
Suria terjaga
|
|
Suria
|
:
|
(Mencari-cari nenek).
Nenek…nenek…nenek….. Lampu diterangkan.
|
|
Melur
|
:
|
(Sedang asyik memetik bunga dan
tiba-tiba.....) Cik Suria!!! (Terkejut dan terus meluru ke arah Suria)
|
|
Suria
|
:
|
(Terjaga daripada tidur) Maafkan
aku Melur ….maafkan aku arnab. (sambil memeluk kedua-duanya).
|
|
Melur
|
:
|
(Kebingungan dan akhirnya tersenyum
sambil membalas pelukan Suria).
|
No comments:
Post a Comment